Geng Penulis

11 Golongan Mendapat Doa Malaikat


posted by inspirasi arjuna on , ,

No comments

Tidak berdaya untuk kita menjenguk syurga Allah dengan amalan kita
Hanya mampu berdoa dan semoga seluruh alam turut mendoakan syurga untuk kita

11 Golongan Yang Mendapat Doa Malaikat:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (Tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)

5. Kalangan Malaikat mengucapkan "Amin" ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (Infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.