Geng Penulis

Solat Sunat Tasbih


posted by inspirasi arjuna on

No comments

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
"Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali."
(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W, keluarga, sahabat dan para pengikut baginda.

Rasulullah S.A.W ada mengajarkan kepada bapa saudaranya bahawa kelebihan sembahyang subat Tasbih itu sangatlah besar sebagaimana hadis Ibnu 'Abbas R.A:

"Jika engkau membuat yang sedemikian itu, Allah menghapuskan dosamu, baik yang terdahulu, yang sekarang, yang sudah lama, yang baru, yang tidak sengaja, yang sengaja, yang kecil, yang besar, yang tersembunyi mahupun terang-terangan."
(Hadits Riwayat Abu Daud)

Waktu Mendirikannya
Sembahyang sunat Tasbih adalah sembahyang sunat mutlak yang tidak berkaitan dengan waktu dan sebab dan sunat dilakukannya di waktu malam dan siang kecuali waktu yang diharamakan bersembahyang. Ia juga boleh dilakukan pada setiap masa dan dianjurkan supaya selalu mengerjakannya walaupun dalam masa yang berdekatan kerana ia mempunyai fadhilat yang sangat besar. 

Hukum Bacaan Solat Sunat Tasbih 
Bacaan tasbih dalam sembahyang sunat Tasbih itu adalah dikategorikan sebagai sunat Hai'ah seperti bacaan takbir dalam sembahyang dua Hari Raya. Jika tertinggal bacaan tasbih tersebut itu dalam sembahyang tidaklah disunatkan menggantikannya dengan sujud sahwi.

mengisrarkan (tidak menyaringkan) bacaan tasbih itu, sama ada ia dilakukan di waktu malam ataupun siang. Adaun bacaan-bacaan lain dalam sembahyang sunat Tasbih itu disunatkan juga membaca dengan israr jika dilakukan di waktu siang akan tetapi disunatkan membaca dengan bacaan pertengahan antara jahr (dinyaringkan) dan israr jika dilakukan pada waktu malam sepertimana sembahyang sunat sunat lain.

Jika sekiranya terlupa membaca tasbih dalam rukun tertentu sehingga berpindah pada rukun selepasnya, tidak harus kembali kepada rukun tersebut untuk membacanya. Sekiranya dia tahu akan perkara itu dan dengan sengaja mengulang rukun itu, maka batallah sembahyangnya.

Oleh kerana tidak boleh mengulang rukun tasbih tersebut untuk membaca tasbih, maka gantilah bacaan tasbih itu pada rukun seterusnya (mencukupkan 300 kali tasbih) selain semasa i'tidal, duduk antara dua sujud dan duduk istiharah.

Ini kerana memanjangkan tiga rukun ini boleh membatalkan sembahyang walaupun dalam sembahyang sunat Tasbih, sebab bacaan tasbih dalam tiga rukun tersebut di dalam sembahyang sunat Tasbih hanyalah dikhususkan untuk bacaan asal sahaja. Maka yang demikian, gantilah bacaan itu semasa sujud, kerana sujud adalah dikategorikan sebagai rukun yang panjang.

Manakah Yang Lebih Afdhal, Washl atau Fashl?
Washl: Sembahyang sunat Tasbih dilakukan secara bersambungan iaitu 4 rakaat dengan satu salam.
Fashl: Sembahayang sunat Tasbih dilakukan secara bercerai iaitu setiap dua rakaat sekali salam.

Ibnu Hajar mengatakan dalam kitabnya Fatawa Kubra al Fiqhiyah, kedua cara tersebut ada diterangkan di dalam hadis. Oleh yang demikian, harus melakukan kedua cara ersebut akan tetapi Imam Ghazali mengatakan dalam kitabnya Ihya 'Ulumiddin, jika dikerjakan di waktu siang sambunglah 4 rakaat dengan satu salam dan jika dikerjakan di waktu malam ceraikanlah 4 rakaat dengan dua salam. 

Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W apabila baginda ditanya oleh seorang lelaki tentang bagaimana sembahyang malam itu, Baginda pun menjawab:
 "Sembahyang malam itu dua rakaat dua rakaat"
(Hadis Imam Ahmad)

Haruskah Sembahyang Sunat Tasbih Dilakukan Secara Berjemaah?
Selain daripada sembhayang fardhu, ada juga sembahyang sunat yang disebutkan dalam kitab fiqh sebagai sembahyang at-Tathawwu' dan an-Nawafil.

Sembahyang an-Nawafil 
Dari segi bahasa: Tambahan, kerana ia merupakan tambahan ke atas sembahyang-sembahyang yang telah difardhukan oleh Allah S.W.T.

Ia terbahagi kepada 2:
  1. Yang sunat dilakukan secara berjemaah , seperti sembahyang Hari Raya, sembahyang Gerhana Bulan dan Matahari, sembahyang Witir pada bulan Ramadhan
  2. Yang tidak sunat dilakukan secara berjemaah, seperti sembahyang ar-Rawatib yang mengiringi sembahyang sembahyang fardhu, sembahyang Witir bukan di bulan Ramadan dan sembahyang Dhuha, sembahyang Tahajjud, sembahyang Tasbih.
Ketika mengulas tentang sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah, asy-Syeikh Muhamad al-Khathib asy-Syarbini dalam kitab beliau Mughni al-Muhtaj menjelaskan, adapun sebab ianya tidak disunatkan berjemaah kerana muwazhabah (kebiasaan) Baginda Rasulullah S.A.W melakukannya secara bersendirian. 

Adapun sunatnya itu hendaklah tidak dilakukan secara berjemaah, tetapi tidak dihukumkan makruh, kerana Ibnu 'Abbas R.A pernah mengikut Nabi S.A.W bersembahyang sunat Tahajjud di rumah emak saudaranya, Maimunah.

Cara Cara Mengerjakannya: